AL QURAN & UMUR KITA


Berkata Abdul Malik bin Umair:

“Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-Quran”.

“Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-Quran”.

Berkata Al-imam Qurtubi :
“Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun”.

Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.

“Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca”.

Berkata Ibnu Solah :

“Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama’an untuk membaca Al-Quran, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia”.

Berkata Abu Zanad :

“Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca Al-Quran”.

Berkata sebagian ahli tafsir :

“Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia”.

“Kami memohon kepada Allah agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya”.

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.

Umur kita terlalu singkat
… hingga ALLAH kurniakan Lailatul Qadar (1000 bulan) untuk menambah umur amal.

Umur kita terlalu singkat
… ALLAH pinta bersilaturrahim untuk memanjangkannya.

Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan Puasa Enam hari di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan baca Surah Al-Ikhlas seperti membaca sepertiga Al-Quran.

Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan Solat di Masjidil Haram seperti solat 100.000x lebih di masjid lain.

Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan Solat berjemaah nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.

Umur kita terlalu singkat
…ALLAH kurniakan *Solat
sunat 2 rakaat sebelum subuh, setara dgn kekayaan akhirat seluas langit dan bumi*

Umur kita terlalu singkat
…ALLAH kurniakan solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam*

Umur kita terlalu singkat
… ALLAH kurniakan solat isyak berjemaah seperti solat separuh malam dan bebas dari sifat munafik*

Hidup ini terlalu singkat
… ALLAH kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dengan 10 pahala/kebaikan.

Hidup ini terlalu singkat
…ALLAH kurniakan siapa yg 1. beramal jariyah, 2. share ilmu yang bermanfaat, dan 3. mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh, pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri…, usia umat Nabi Muhammad SAW rata2 hanya 63 – 65 tahun.

Kalau saat ini usia kita rata rata Sudah 40 tahun, paling lama 25 tahun lagi Malaikat Al Maut akan menjemput kita..

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

Connecting to %s